KAMPUNG BAKONG
Selamat Datang
Kampung Bakong merupakan sebuah kampung yang terletak di Parlimen Parit, Dun Bota, Mukim Lambor, berada di daerah Perak Tengah dalam Negeri Perak Darul Ridzuan.Kampung Bakong bersempadan di antara Kampung Kuchai dan Kampung Baru Lambor Kiri.Di katakan kampung ini wujud pada tahun sekitar 1900.
Sejarah Kampung Bakong
Umpama Pokok Bunga Bakung yang menjadi simbol bagi kampung ini.
Maka dijadikan sebagai simbol dan nama bagi kampung dan melambangkan tempat yang selamat dan damai dengan penduduknya bersatu padu umpama perdu bunga bakung dengan bunga putih diatas perdu mewar-warkan kewangaian ketika berbunga dan lambang kesucian warna putih bunga tersebut.
Pokok Bunga Bakung
Pokok Bakung atau juga dikenali sebagai rumput tembaga suasa, nama sainsnya Crinum asiaticum merupakan sejenis pokok beracun dalam keluarga Amaryllis. Daunnya sepanjang 3-4 kaki panjang. Pokok ini mempunyai kelebaran 5 kaki - 8 kaki apabila matang.
Ia juga dikenali dengan nama Bakoh, Bawang Tembaga, Bunga Tembaga Suasa.